Soalan Lazim

 

1. Apa itu ONEXOX?
ONEXOX ialah jenama kepada salah satu produk perkhidmatan mudah alih prabayar yang disediakan oleh XOX Berhad dan diedarkan secara eksklusif oleh One XOX Sdn. Bhd.

2. Dimana saya boleh dapatkan Starter Pack ONEXOX?
Starter Pack ONEXOX boleh didapati daripada mana-mana pengedar sah yang dilantik.


3. Bolehkah saya melanggan ONEXOX dengan mengekalkan nombor sedia ada?
Ya, boleh. Ianya dinamakan MNP.

4. Dimanakah letaknya kredit tersedia RM5 pada SIM Pack dan berapa lamakah tempoh aktif jika saya tidak membuat sebarang tambah nilai?
Kredit tersedia RM5 terletak pada baki Akaun Utama (MA). SIM kad anda akan aktif selama 30 hari tanpa membuat sebarang tambah nilai dari tarikh pengaktifan dibuat.   STATUS AKAUN          TEMPOH SAH

5. Mengapa perlu ada Akaun Dedikasi (DA) dan Akaun Utama (MA)?
Dengan pelan fleksi 2-dalam-1 yang unik, ONEXOX menawarkan caj kadar murah yang lebih penjimatan pada baki DA dan caj kadar biasa yang berpatutan pada baki MA.

Mekanisme caj bermula dengan penolakan pada baki DA (kadar murah) terlebih dahulu; seterusnya menolak baki MA (kadar biasa) apabila kehabisan baki DA. Baki MA juga digunakan untuk melanggan pelan internet mudah alih serta membuat pindahan kredit ke pihak lain; sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi sebelum meneruskan transaksi tersebut. 

Anda boleh memindahkan sebahagian baki DA ke MA bagi mencukupkan amaun MA untuk melanggan pelan internet pilihan anda atau jika ingin membuat pindahan kredit ke pihak lain.   
Cara memindahkan sebahagian DA ke MA (perkhidmatan ini adalah percuma): 
SMS ke 22111- TRNS<jarak>DA<jarak><amaun yg hendak dipindahkan>    
Contoh: TRNS DA 18

Ketelusan ONEXOX mengadakan perbezaan kadar pada kedua-dua akaun tersebut adalah bertujuan untuk menawarkan kadar tetap sepanjang masa tanpa perlu membuat apa-apa promosi kadar yang berbeza-beza di masa hadapan. Berkonsepkan belian top up secara pukal, pelanggan-pelanggan ONEXOX yang membuat top up pada denominasi yang besar sekali gus akan menikmati lebih penjimatan pada baki DA. Kami mengalu-alukan agar semua pelanggan ONEXOX menggunakan ruang penjimatan ini bagi mengoptimakan perbelanjaan telekomunikasi harian anda. 

Rancanglah pembelian top up anda selepas ini! Sila rujuk PELAN & PERKHIDMATAN untuk gambaran lanjut.

6. Apakah denominasi tambah nilai yang ada?
RM5, RM10, RM30, RM50. Sila pastikan anda merancang pembelian denominasi bagi memenuhi keperluan telekomunikasi anda.

7. Dimana saya boleh dapatkan tambah nilai ONEXOX?
Tambah nilai boleh dibeli daripada pengedar-pengedar ONEXOX, kedai-kedai 7-Eleven, stesen-stesen minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, BHP, Caltex dan Esso dan mana-mana kedai terpilih yang menggunakan terminal ePay. Sila sebut tambah nilai 'XOX' ketika membeli selain daripada pengedar ONEXOX. Tambah nilai juga boleh dibeli secara perbankan online menerusi portal SELF CARE

8. Apa yang boleh dilakukan menerusi portal 'Self Care'?
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan menerusi portal Self Care:
a. Melihat profil langganan anda. Periksa: baki kredit DA/MA, tempoh sah langganan, baki SMS percuma.
b. Dapatkan bil terperinci.
c. Tambah nilai.
d. Pengurusan langganan internet: Melanggan pelan internet, naiktaraf langganan, periksa baki kuota & menambah kuota.
e. Pengurusan sub talian: Daftar sehingga 10 sub talian, membuat tambah nilai sub talian, membuat langganan internet sub talian dan periksa profil langganan sub talian: baki kredit, tempoh sah, kuota internet (jika melanggan) & bil terperinci.
f. Periksa & penebusan mata kesetiaan (loyalty point).
g. Pengurusan 10 nombor 'Famili & Rakan': mendaftar/menambah & membatal

9. Adakah pelan internet mudah alih (data) ONEXOX menyokong semua jenis alat peranti dan telefon pintar?
Pelan data ONEXOX menyokong hampir semua jenis alat peranti dan telefon pintar. Sila pastikan anda membuat tetapan yang betul. Walau bagaimanapun, pelan data ONEXOX tidak menyokong perkhidmatan 'Blackberry Internet Service'(BIS). 

10. Adakah pelan data ONEXOX bersifat 'unlimited'?
TIDAK. ONEXOX menawarkan pelan data berkelajuan tinggi (tanpa kawalan kelajuan) sehingga 4mbps muat turun mengikut had kuota data/hari yang dilanggan. Dengan ini, pelanggan-pelanggan ONEXOX bebas melayari internet tanpa gangguan kelajuan. Tempoh langganan data adalah tertakluk kepada 'yang mana sampai dulu' iaitu sama ada had kuota data mencapai penggunaan 100% atau langganan menemui tarikh tamat tempoh.
Picture
 
11. Bagaimanakah saya menggunakan SMS percuma?
SMS percuma boleh digunakan kepada nombor-nombor di rangkaian sama sahaja (XOX & ONEXOX). Sila rujuk terma & syarat DISINI 

12. Berapakah had bilangan nombor-nombor Famili & Rakan (FnF) yang boleh didaftarkan dan untuk rangkaian mana?
Anda boleh daftarkan sehingga 10 nombor FnF. 10 pendaftaran pertama adalah percuma. Kadar runtuh FnF terbuka kepada semua rangkaian tempatan termasuk talian tetap Telekom Malaysia (kecuali nombor-nombor premium 1-300 dan nombor-nombor telefon luar negara). Anda juga boleh membatalkan nombor dan membuat pendaftaran gantian. Walau bagaimanapun, setiap satu pendaftaran selepas kemasukan kali yang ke-10 akan dikenakan caj RM1 pada baki MA. Sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi.

a. Cara mendaftar FnF: SMS ke 22111- FNF<jarak>ADD<jarak><nombor telefon>
b. Cara menyemak senarai FnF: SMS ke 22111- FNF<jarak>LIST
c. Cara membatalkan nombor dalam senarai FnF: SMS ke 22111- FNF<jarak>DEL<jarak><nombor telefon>

13. Adakah saya layak mendapat kadar FnF jika tiada kredit di dalam Akaun Dedikasi?
Ya, anda tetap akan menikmati kadar FnF walaupun menggunakan baki MA.

14. Bagaimanakah caranya untuk saya menebus SMS percuma daripada 'Loyalty Point'?
Top up yang anda buat akan menjana loyalty point. Setiap ringgit bersamaan 1 point; setiap 10 point yang telah anda kumpulkan boleh ditebus dengan 1 SMS percuma.

Cara menebus SMS percuma:
a. SMS ke 22111- LYT<jarak>RED<jarak>SMS<jarak><bilangan SMS yang ingin ditebus>
Contoh: LYT RED SMS 12
b. Melalui SELF CARE
 
 
15. Apa yang dimaksudkan Onexox ini PATUH SYARIAH?
 
PENILAIAN KEPATUHAN SHARI'AH
 
Harga kad SIM dan tambah nilai:
Harga jualan kad SIM daripada pengedar kepada pengguna adalah RM10.
Harga jualan tambah nilai adalah berdasarkan kepada nilai muka.
 
         Penilaian Shari'ah:
Akad ini adalah jual beli musawamah/mutlak diantara onexox selaku penjual dan pengedar selaku pembeli.
Ianya merupakan akad dimana penjual tidak menyebut harga pokok dan keuntungan yang diperolehinya.
Akad ini dan juga keuntungan runcit jualan yang diperolehi adalah sah disisi syara’.
 
 
 
    2.  Pembelian 'validity' atau pemanjangan tempoh sah:
Pengguna boleh membeli pemanjangan tempoh sah 6 bulan pada harga RM18.
Pengguna boleh membeli pemanjangan tempoh sah 12 bulan pada harga RM25.
 
         Penilaian Shari'ah:
Akad kepada jual beli ini ialah berasaskan sewaan ( إِجَارَة ).
Pengguna membeli dan memiliki nombor, maka nombor tersebut telah menjadi hak pengguna.
Untuk menjadikan nombor pengguna tersebut aktif dan berfungsi, mereka perlu menyewa fungsi 'validity' iaitu tempoh sah yang dihasilkan oleh sistem yang dimiliki oleh syarikat One XOX.
Subjek ataupun barang sewaan ( المَعقُود عَلَيْهِ ) dalam hal ini adalah 'validity' iaitu tempoh sah kepada talian yang dihasilkan oleh sistem yang dimiliki oleh syarikat One XOX.
Tidak timbul isu tempoh sah bertindan kerana, tempoh hayat baru akan dikira selepas tamat tempoh sah yang sebelumnya.
Akad ini adalah sah disisi Syara’.
 
 
 
    3.  Caj pindahan kredit:
Caj yang dikenakan sekali sahaja untuk setiap pindahan kredit.
RM0.25 akan dicaj daripada penghantar, manakala RM0.25 lagi akan dicaj daripada penerima. Jumlah itu akan ditolak dari nilai sedia ada yang dimiliki oleh penghantar dan penerima.
 
         Penilaian Shari'ah:
Caj ini adalah kos pengurusan untuk sistem berdasarkan konsep upah ( اُجْرَةْ ) atas servis yang diberikan oleh syarikat.
Caj ini juga telah dimaklumkan kepada pengguna di laman web syarikat.
Kedua-dua pihak yang melakukan penghantaran dan penerimaan telah sepatutnya tahu berkenaan caj yang dikenakan, maka sebarang pindahan yang dilakukan bererti persetujuan semua pihak terlibat dengan kos yang dikenakan.
 
 
 
    4.  Pelan Data (Internet):
Pelan data yang ditawarkan kepada pelanggan adalah kuota data berserta dengan tempoh masa. Ini berdasarkan pada terma 'mana yang sampai dahulu'.
Sebagai contoh, pelan data 500MB untuk tempoh 30 hari:
Ini bermaksud, jika tempoh langganan sudah mencapai 30 hari walaupun kuota data masih berbaki, langganan pelan tersebut dikira tamat. Baki data tidak akan di bawa ke depan.
Situasi lain, jika pengguna telah menghabiskan kuota data tersebut dalam tempoh 6 hari walaupun masih berbaki 24 hari, maka langganan pelan tersebut dikira tamat.
 
         Penilaian Shari'ah:
Tiada isu ketidakjelasan ( الغَرَرْ  ) dalam hal ini kerana ia telah dimaklumkan kepada pengguna di laman web syarikat.
Subjek ataupun barang pembelian ( المَعْقُوْد عَلَيْه ) ialah pakej yang terkandung dalamnya data internet beserta dengan tempoh masa; ia adalah ibarat pembelian suatu makanan yang mempunyai tarikh luput.
Ianya bukan pembelian secara berasingan.
 
 
 
    5.  Insentif 'User-Get-User':
Pembelian kad SIM berharga RM10 sebagai pengguna sudah melayakkan pengguna menikmati skim insentif ini.
Pengguna hanya perlu mengesyorkan ONEXOX kepada seberapa ramai kenalan tanpa had.
Pengguna layak mendapat insentif 6% daripada jumlah tambah nilai yang dibuat oleh kenalan yang disyorkan.
Tiada yuran, tiada caj tambahan dan tiada komitmen yang dikenakan.
 
         Penilaian Shari'ah:
Insentif yang diberi kepada pengguna adalah upah ( اُجْرَةْ ) keatas usaha mempromosi ONEXOX.
Tiada bebanan kepada pengguna.
 
 
 
     6. Pembelian 'Season Pass':
Jualan 'Season Pass' merangkumi pakej seperti panggilan, khidmat SMS dan data internet.
 
         Penilaian Shari'ah:
Pembelian data adalah secara pakej atau borong (bundle).
Akad adalah jual beli mutlak dan ianya adalah harus.
 
 
Sijil Pengiktirafan Patuh Syariah..
 
 
Sumber :
http://www.onexox.my/penilaian-patuh-shariah.html
______________________________________
 
 
 
 
 
 
Panduan Dan Informasi Terkini
 

Cara melanggan pelan internet mudah alih

Special Data Promosi

1. Pelan Data 1.5GB/30hari    RM28  

Kod sms DATA PROMO1.5 dan hantar ke 22111

 

2. Pelan Data 500MB/30hari    RM18.00

Kod sms 1XD500 dan hantar ke 22111

 

3. Pelan Data Biasa

Kod SMS dan send ke 22111

1XD100 (utk 150MB/1hari)

1XD250 (utk 350MB/7hari)

1XD500 (utk 500MB/30hari

1XD1    (utk 1GB/30hari)

1XD2    (utk 2GB/30hari)

1XD3    (utk 3GB/30hari)

1XD4    (utk 4GB/30hari)

1XD5    (utk 5GB/30hari)

 

 

Berita Baik..

Untuk user Onexox anda boleh dapatkan data SeansonPass SP dari Dealer2 anda.

Share dari serendah RM18 utk 1GB atau RM30 utk 2GB

Lebih MURAH

Lebih JIMAT

Hanya melalui perkongsian sharing data SP ini

Sila Hubungi Dealer/Penaja anda untk pembelian DATA ini.

 

Cara Semak Baki

Taip BAL dan send ke 22111

USSD kod Dail *132# dan tekan call

atau

Easy Menu Dail *150# dan tekan call

 

Cara Tambah Nilai

Beli pin TOPUP XOX di 7eleven,Speedmart,Mydinmart,Stesen Minyak Petronas,Shell,Petron dll dan di premis2 yang ada logo ePay

 

A) Belian PIN melalui premis2 ePay

B) Belian melalui Online Banking via web https://selfcare.xox.com.my/SelfCare/Login

 

Cara masuk Tambah Nilai PIN

1) Melalui USSD Kod

Dail *132*1*16digit pin# dan tekan call

Cth : *132*1*1234567891012345# call

atau

2) Melalui SMS Kod

Taip REC<jarak>PR<jarak>16 digit pin dan send ke 22111

Cth : REC PR 123456789012345

Send ke 22111

 

 

TERBARU..
 
Data Internet Season Pass
 
Season Pass OneXOX
=========
 
Anda nak internet banyak?
 
Anda nak internet tanpa tempoh?
 
Anda mahu kadar panggilan ke semua rangkaian semurah Family and Friends?
 
Anda mahu kouta internet anda dikongsi dgn org lain?
 
Jawapan sy...
 
ONEXOX SEASON PASS
 
Dengan ONEXOX SEASON PASS, anda boleh:
 
1) Membeli kouta internet secara PUKAL
 
2) Kouta internet anda TANPA HAD
 
3) BERKONGSI kouta internet kpd SEMUA pengguna ONEXOX
 
4) BERKONGSI masa berbual dan sms kpd SEMUA pengguna ONEXOX
 
5) Masa berbual dan sms KE SEMUA RANGKAIAN
 
3 PAKEJ YANG DITAWARKAN
===
 
1) VOICE PACKAGE
   SP V1 -> 350 minit panggilan PERCUMA 50 sms
                   RM49.90
   SP V2 -> 700 minit panggilan PERCUMA 100 sms
                   RM79.90
   SP V3 -> 1,400 minit panggilan PERCUMA 150 sms 
                   RM139.90
 
2) DATA PACKAGE
   SP D1 -> 8GB internet PERCUMA 50 minit panggilan
                  RM109.90
   SP D2 -> 13GB internet PERCUMA 100 minit panggilan
                   RM199.90
   SP D3 -> 18GB internet PERCUMA 150 minit panggilan
                   RM279.90
 
3) COMBO PACKAGE
   SP C1 -> 350 minit panggilan + 5GB internet
                   PERCUMA 50 sms
                   RM149.90
   SP C2 -> 700 minit panggilan + 10GB internet
                   PERCUMA 100 sms
                   RM249.90
   SP C3 -> 1,400 minit panggilan + 15GB internet
                   PERCUMA 150 sms
                   RM399.90
 
TAMBAHAN SP P1 -> 50 minit panggilan + 1G internet PERCUMA 30 sms
                                       RM29.90
 
Cara melanggan ONEXOX SEASON PASS
===
 
-Dail *150# tekan call
-Pilih nombor 6 SEASON PASS
-Pilih diantara Voice Package, Data Package atau Combo Package
-Pilih mane yang anda mahu
*Pastikan kredit anda mencukupi untuk melanggan
 
Cara mengaktifkan kouta internet ONEXOX SEASON PASS
===
- Selepas melanggan ONEXOX SEASON PASS, anda PERLU MENGAKTIFKAN internet mengikut keperluan anda.
 
Dail *150# tekan call
 
Pilih nombor 3 INTERNET
 
Pilih nombor 2 STANDART PACKAGE
 
Pilih yang mana anda mahu
 
PERHATIAN
1) Untuk mengaktifkan internet SEASON PASS, anda perlu memilih STANDART PACKAGE. Semasa anda memilih di STANDART PACKAGE, kouta internet SEASON PASS akan ditolak mengikut pilihan anda tanpa dikenakan bayaran.
2) Jika anda memilih PROMOTION PACKAGE, kredit anda akan ditolak.
 
Jadi, saranan saya kpd anda, pilihlah tempoh pengaktifan mengikut penggunaan anda
150MB sehari
350MB sehari
350MB seminggu
1GB sebulan
2GB sebulan
3GB sebulan
5GB sebulan
 
CONTOH: Karim membeli SEASON PASS data package 8GB. Slps tu karim mengaktifkan 2GB sebulan. 2GB akan dipotong drpd 8GB SEASON PASS. Baki kouta SEASON PASS karim ada lagi 6GB. Jika 2GB tidak dihabiskan dlm masa sebulan, baki data akan hangus. Karim bebas memilih berapa kouta yg nk diaktifkan, mengikut kesesuaian penggunaan. Tambahan pula, kouta internet SEASON PASS TIADA TAMAT TEMPOH.
 
 
SEASON PASS
 
Contoh arahan SMS
 
Contoh nak Kongsi/Share DATA
Taip :
Share< RECIPIENT NUMBER >D1< GB QUANTITY > < PIN >and send to 22111
 
Share 0123456789 D1 1234
dan hantar ke 22111
 
D0.5 = 500MB
D1 = 1GB
D2 = 2GB dan seterusnya, 
anda boleh masukkan apa² amaun sebagai contoh D0.38 utk 380MB atau D1.75 utk 1.75GB
 
Contoh nak kongsi minit VOICE CALL
Taip :
Share< RECIPIENT NUMBER >V< QUANTITY > < PIN >and send to 22111
 
contoh
Share 0123456789 V100 1234
dan hantar ke 22111
 
V100 = 100minit
V20= 20minit dan seterusnya
 
Contoh nak kongsi SMS
Taip:
Share< RECIPIENT NUMBER >S< QUANTITY > < PIN >and send to 22111
Share 0123456789 S20 1234
dan hantar ke 22111
 
S20 = 20sms
S30= 30sms dan seterusnye
 
P/S : Kalau nak beli semua dalam 1 arahan sms macam mana?
 
Taip :
Share 0103333010 D1 V50 S100 1234.
dan hantar ke 22111
 
(untuk kongsi 1GB | 50 Mins | 100 SMS)
 
 
 
Seanson Pass Data
Lebih JIMAT
Lebih MENGUNTUNGKAN
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sila hubungi Dealer/Penaja Anda dibawah :
 

 Admin

ID : admin

  017 326 4074

(Call/sms/whatsapp)

 
 
 
Terima kasih.
 
 

Login ID :
Password :
Lupa password?


admin
Tel: 017 326 4074
Email: zackmeg78@gmail.com
ID: DYSD3203 Facebook ID Zackmeg Kucai


  admin (161)
  awie95 (41)
  jutaonenetwork (34)
  Bizzfarah (19)
  zz1xox (5)
  mdsaid53 (3)
  incomepasif (3)
  munir6666 (3)

Selamat datang di web 1xoxprepaid2u.com

Pengumuman Penting !! Kini web dicas hanya RM10 shj utk setahun..sila klik disini..

[ More news ]

Jumlah Ahli 308
Ahli VIP 65
Ahli Free 243
Jumlah Visitor 9025
Jumlah Online 1 online

asrich1xox

[ 2017-09-16 07:21:31 ]


bioforge

[ 2017-08-27 09:34:53 ]


Adanan77

[ 2017-07-09 23:07:57 ]


aayie01

[ 2017-07-07 00:00:47 ]


aayie

[ 2017-07-06 23:56:01 ]


azlan

[ 2017-06-30 02:01:07 ]



Official Website 

Onexox Sdn Bhd 

www.onexox.my

SelfCare

hptts://selfcare.xox.com.my

Login Sahabat/Pengedar

http://onesys.onexox.my


 

 

 

Information..

All member klik

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Out There We Are One

 

Untuk mendaftar web promosi

Sila Klik butang DAFTAR dibawah